Novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar
Novel Seseorang Untuk Aku - Nak baca novel terbaru tapi takde idea nak baca novel apa?
Jangan risau, disini Novelin akan kongsikan link untuk membaca Novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar episod penuh secara percuma.
Sinopsis Novel Seseorang Untuk Aku
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.
“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr
Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.
“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.
“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr
Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?
Mengenai Novel
- Gelaran: Seseorang Untuk Aku
- Penulis: Rehan Makhtar
- Penerbit: Karya Seni
- Genre: Romance
Baca Novel Seseorang Untuk Aku Episod Penuh
Bagaimanakah kisah novel Seseorang Untuk Aku lengkap dalam format Pdf ini seterusnya? Untuk membaca novel lengkap genre drama dan kisah Seseorang Untuk Aku, sila buka aplikasi Goodreads atau klik pautan di bawah.
Pautan Baca Novel Seseorang Untuk Aku Episod Penuh PDF: Disini
Kesimpulan
Demikian ulasan Novelin tentang cara membaca Novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar Episod Penuh. Itu sahaja, semoga novel ini dapat menambah wawasan dan menarik untuk anda. Selamat membaca!
Post a Comment for "Novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar"
Post a Comment